Kepada Semua Ibu Bapa S.J.K.(C) Jalan Davidson (Pengumuman Khas)

Disebabkan kes Influenza A (H1N1) semakin meningkat, pihak sekolah telah mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan murid-murid.
Sejak sekolah dibuka semula, pihak sekolah telah menjalankan salah satu tindakan kawalan iaitu hanya membenarkan murid-murid memasuki kawasan sekolah tanpa ditemani ibu bapa. Berdasarkan pemerhatian, pihak sekolah mendapati murid-murid menjadi lebih berdikari . Selepas perbincangan di antara pihak sekolah dan PIBG, kami mengambil keputusan untuk meneruskan tindakan tersebut.
Selepas pelaksanaan tindakan tersebut, ibu bapa perlu mengambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut:-

 -Ibu bapa hanya dibenarkan menghantar anak-anak sampai di pintu hadapan sekolah.
 -Jika ibu bapa ingin berbincang dengan guru, mereka boleh mengisi borang di pondok pengawal keselamatan dan mengambil pas pelawat masuk ke kawasan sekolah selepas loceng berbunyi pada pukul 7.40 pagi. Pas pelawat khas juga perlu diisi borang untuk ditandatangani oleh guru berkenaan dan dikembalikan kepada pengawal keselamatan.
 -Ibu bapa juga boleh menelefon pejabat sekolah untuk mengatur temujanji dengan guru.
 -Ibu bapa boleh membayar yuran yang dimasukkan di dalam sampul surat yang ditulis butiran kepada Encik Hong di pondok pengawal keselamatan sebelum kelas bermula.
 -Ibu bapa hanya boleh mendapatkan bantuan atau berurusan dengan pejabat pada waktu pejabat. Ibu bapa dilarang masuk ke kelas.

Makan Tengah Hari Kelas Tambahan Sesi Petang :
 -Ibu bapa boleh menghantar bekalan makanan yang mengandungi butiran murid di depan pintu dewan besar sekolah. Pihak sekolah akan menghantar bekalan makanan ke kaunter khas. Murid-murid boleh mendapatkan bekalan makanan pada waktu rehat.
 -Tindakan disiplin akan diambil jika murid-murid makan di luar kawasan kantin.

Pihak sekolah berharap ibu bapa memberikan kerjasama dan pertimbangan atas tindakan tersebut agar murid-murid dapat belajar dalam persekitaran yang kondusif dan selesa.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


(PANG CHONG LEONG)
Guru Besar
SJK(C) Jalan Davidson,
Jalan Hang Jebat, 50150 Kuala Lumpur
 

S.J.K.(C) Jalan Davidson Copyright ©Black Brown Template Powered by Dynabook's