Sejarah ringkas

Sejarah ringkas SJK(C) JALAN DAVIDSON


Sekolah ini telah didirikan pada tahun 1928. Bangunan lamanya terletak di hadapan Persatuan Kwong Siew di Jalan Bandar,Kuala Lumpur. Ia telah didirikan oleh kerajaan atas cadangan Kapitan Yap Kuan Seng. Pada mulanya sekolah ini dipanggil “Government Chienese Free School” dan tujuannya ialah untuk menampung murid-murid yang miskin. Pengetua sekolah tersebut ialah Encik Chooi Siew SUan. Pengajaran dan pembelajaran disampaikan dengan cara asas yang lama. Dalam tahun 1962, seorang pegawai Pengelola Sekolah Cina, Persekutuan Tanah Melayu, Encik Chan Chuen Poh mencadangkan kepada kerajaan supaya memperluaskan sekolah tersebut. Cadangan tersebut disokong penuh oleh Ahli Undangan Negeri Encik Choo Peng dan Encik Yap Tai Chee J.P serta disetujui oleh Encik A.Worley yang bertugas di Jabatan Pelajarn. Pada Tahun 1928, sebuah bangunana baru telah didirikan di kaki Bukit Petaling di Jalan Davidson, Kuala Lumpur.


Guru Besar yang pertama ialah Encik Loke Chong San. Semua guru adalah guru kerajaan dan jumlahnya seramai 6orang. Bilangan murid seramai 200orang. Mereka tidak dikenakan bayaran yuran dan buku teks adalah percuma. Pada masa itu, sekolah ini dibawah jagaan “Chinese Affairs Officers”. Ia merupakan Sekolah Cina Kerajaan yang pertama di negeri ini.


Oleh sebab sekolah ini ditubuhkan oleh kerajaan, jadi “Kursu Penguruan Khas” anjuran kerajaan telah dipindah dari Sekolah Menengah Confusion ke sekolah ini. Dengan perkataan lain, sekolah ini adalah tapak penyemaian bakal guru yang asas.


Pada masa pemerintahan Jepun, sekolah ini ditutup dan semua kemudahan-kemudahan dalam sekolah telah dimusnahkan. Selepas perang, dengan pertolongan Encik A.W. Frisby, Encik F.T. Laidlaw, Encik Liu Hwai Kwook dan lain-lain pihak daripada Jabatan Pelajaran Selangor. Encik Ting Pin Sung dilantikkan sebagai Guru Besar. Mata pelajaran Bahasa Inggeris telah ditambahkan dalam jadual waktu dan Bahasa Mandarin digunakan sebagai Bahasa Pengantar. Bilangan murid pada masa itu adalah lebih kurang 500 orang.


Pada awal tahun 1949, Kementerian Pelajaran telah mengadakan Latihan Perguruan Senior Normal untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru di Sekolah Cina. Oleh ynag demikian sekolah ini telah dipilih sebagai salah sebuah pusat latihan perguruan. Sebanyak lima sesi latihan perguruan telah diadakan dan ianya telah berjaya melatih lebih daripada 150 orang guru. Selain daripada itu, sekolah ini juga dijadikan sebagai pusat Latihan Guru Dalam Cuti bagi Sekolah Rendah Cina selanma beberapa tahun.


Dengan adanya perubahan dasar pelajaran pada tahun 1958, maka sekolah ini telah ditukar jagaanya kepada Pejabat Pelajaran Municipality dan sebuah Lembaga Pengurus telah ditubuhkan. Nama sekoah telah ditukar kepada SRJK(C) Jalan Davidson.


Di bawah ialah senarai nama-nama Pengurusi Lembaga Pengurus Sekolah dari tahun 1958-2001:

1958-1960 Encik Xiao Qi Huai
1960-1965 Encik Ho Koh Chin (Penyelia Sekolah Cina)
1965-1975 Encik Choy Wing Hing
1975-2001 Encik Lim Loong Shin


Pada tahun 1976, Persatuan Murid-murid Tua telah ditubuhkan. Ketiga-tiga Lembaga Pengurus, Persatuan Ibubapa dan Guru serta Persatuan Murid-murid Tua telah berganding bahu memperjuangkan kemajuan sekolah. Pengurusi pertama Persatuan Murid-murid Tuan ialah Encik Chan Kok Leong. Pengurusi kedua disandang oleh Encik Lim Kon Chin dan Pengurusi Ketiga disandang oleh Encik Yap Kim Wei.


Semenjak tahun 1985, bilangan murid sekolah ini telah meningkatkan sehingga seribu orang. Jabatan Pelajaran terpaksa membina lebih banyak bilik darjah untuk menampung bilangan murid uang semakin bertambah. Mulai tahun 1962, sekolah ini telah diletakkan semula di bawah penguasaan Jabatan Pelajaran Negeri. Sejak itu, bilangan murid telah meningkat menjadi seribu lapan ratus orang.


Pada tahun 1965, Guru Besar Encik Ting Ping Suang bersara dan tempat beliau digantikan oleh Penolong Kanan Encik Tong Lee Poh. Pada Tahun 1 Jun 1972, Encik Tong ditukar ke SRJK(C) Nam Keong. Kekosongan jawatan yang ditinggalkan telah diambil alih oleh Encik Wan An Poh.

Pada 1 September 1978, Encik Wan Ah Poh telah dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke SRJK(C) Serdang (1). Jabatan Pendidikan telah melantik Encik Tan Sin Min sebagaiGuru Besar sekolah ini beliau bersara pada tahun 1994. Setelah beliau bersara, Jabatan Pendidikan telah melantik Encik Pang Chong Leong sebagai Guru Besar sekolah ini dan beliau bertugas sehingga sekarang.


Demi keselamatan murid-murid dan mengindahkan persekitaran sekolah, Lembaga Pengurus, PIBG dan Persatuan Murid-murid Tua mengadakan kempen mengutip derma untuk membina pintu masuk dan pagar sekolah ini. Pihak sekolah telah mengundang Encik Sim Mow Yu menyuarakan nama sekolah pada batu bertulis. Dengan usahasama ketiga-tiga pihak itu, pintu masuk dan pagar sekolah telah disiapkan pada tahun 1981.


Bilangan murid kian bertambah dengan pesat menyebabkan bilik darjah uang sedia ada itu tidak mencukupi. Setiap tahun pihak sekolah terpaksa menghantar keluar lebih kurang 200 orang murid baru yang ingin masuk tahun satu ke sekolah-sekolah lain yang berdekatan. Untuk menyelesaikan masalah itu, Lemaga Pengurus pun mengutarakan permohonan kepada Kementerian Pendidikan untuk membina beberapa buah bilik darjah tambahan, sebuah kantin dan perpustakaan yang lengkap.


Akhirnya, Timbalan Menteri Pendidikan pada masa itu Encik Chan Sian Sun telah meluluskan peruntukan wang kepada sekolah dengan bantuan penuh daripada Setiausaha Sulit beliau Encik Lew Teng Fong, sebuah banguanan yang bertingkap tiga dengan kelengkapan perpustakaan, bilik pandang dengar, bilik darjah dan kantin telah siap dibina pada tahun 1982.


Pada tahun 1985, Persatuan Ibubapa dan Guru telah membentuk kelas tambahan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris untuk mempertingkatkan mutu murid-murid dalam kedua-dua bahasa mendadak. Akibatnya,bilangan murid yang makan tengah hari di kantin telah bertambah dengan mendadak. Ketidakcukupan tempat duduk di kantin menyebabkan Lembaga Pengurus membuat keputusan memperluaskan ruang banguanan kantin dengan menimbunkan meratakan kawasan rendah di belakang kantin untuk keguaan aktiviti-aktiviti murid. Kerja pembinaan disiapkan pada ahkir tahun 1986. Kantin baru digunakan pada awal tahun 1987.


Bagi membina suasana pembelajaran yang lebih selesa dan hormonis bagi murid-murid, pihak sekolah telah memasangkan alat penyaman udara di dalam semua bilik darjah pada tahun 1998. Dengan pemasangan alat penyamun udara juga, masalah gangguan bunyi bising daripada Keretapi Transit Ringan (Light Rel Transit) juga telah diatasi. Pada tahun 2000, murid-murid yang memohon untuk belajar di sekolah ini bertambah secara mendadak, maka sekolah telah memohon untuk menambah satu lagi kelas tahun 1 untuk menampung murid-murid baru tahun 1 yang semakin banyak. Memandangkan kelas tidak lagi mencukupi pada masa akan datang, maka pihak sekolah telah bercadang untuk mengutip derma daripada orang ramai untuk membina sebuah bangunan yang mempunyai lebih banyak bilik darjah. Bangunan ini akhirnya telah siap dibina dan digunakan pada tahun 2002.


Pada tahun 2001, perpustakaan sekolah telah berjaya dinaik taraf kepada penggunaan sistem perkomputeran semasa peminjaman buku di kalangan murid-murid. Dengan bangganya, sekolah ini juga telah dilantik menjadi sekolah yang pertama dalam menjalankan program percubaan pelancaran e-buku. Pada tahun 2002, laman web sekolah (www.davidson.edu.my) ini juga telah diwujudkan bagi memudahkan ibubapa dan orang ramai mendapat maklumat yang lebih terperinci tentang sekolah ini. Perkembangan teknologi yang cepat dalam semua bidang telah memberi ilham kepada pihak sekolah untuk membina sebuah bangunan yang mempunyai lebih banyak bilik darjah dan semua bilik darjah tersebut dilengkapi dengan rangkaian internet. Maka, kutipan derma di kalangan orang ramai telah dijalankan dan bangunan ini telah siap dibina serta dirasmikan pada tahun 2005. Sekarang, rangkaian internet dalam bilik darjah masih berada dalam proses pemasangan dan dijangka akan siap dalam masa yang singkat. Sumbangan dan dermaan juga digunakan untuk membangunkan kemudahan-kemudahan sekolah seperti bilik pancaragam, bilik koir, bilik tarian, trek lumba lari supaya murid-murid boleh menjalankan aktiviti ko-kurikulum dalam suasana yang lebih baik.


Murid-murid sekolah ini telah berjaya mendapat banyak anugerah-anugerah dalam pertandingan-pertandingan yang dijalankan di peringkat daerah, negeri dan Negara. Pasukan Robotik sekolah telah berusaha dan akhirnya berjaya mewakili Malaysia ke Korea untuk bertanding dengan pasukan Robotik dari Negara lain.


Kini, sekolah ini mempunyai lebih kurang 70 orang guru, bilangan murid adalah lebih kurang 2000 dan kakitangan seramai 10 orang. Semua warga sekolah akan berusaha dan bercita-cita untuk membina insan yang lebih seimbang, sempurna dan harmonis.

 

S.J.K.(C) Jalan Davidson Copyright ©Black Brown Template Powered by Dynabook's